Etika dalam Penulisan
Di Malaysia, setiap orang yang terlibat dalam penulisan sama ada secara
bercetak atau secara maya perlu menyedari tentang beberapa perkara yang perlu
mereka patuhi. Perkara yang sangat perlu dipatuhi setiap orang apabila menulis
adalah;
i. Etika penulisan
ii. Akta dan undang-undang negara
iii. Kepelbagaian bangsa, agama dan kepercayaan di Malaysia
iv. Beberapa perkara sensitif yang tidak boleh disentuh dan dibincangkan
secara terbuka
Pematuhan terhadap perkara-perkara di atas sangat penting terutama di
negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum,
berbagai-bagai kepercayaan dan amalan hidup. Sila baca entri sebelum ini
sebagai satu gambaran awal sebelum meneruskan bacaan berkaitan tajuk etika
dalam penulisan ini.
Etika dalam penulisan akan wujudkan moral kepada setiap orang yang
melibatkan diri dalam dunia menulis, tanpa mengira jenis penulisan yang
diceburi. Sama ada anda terlibat sebagai seorang penulis karya kreatif yang
menghasilkan novel, puisi atau cerpen, menulis travelog, buku-buku popular,
rencana atau penulisan serius, ataupun menulis secara maya di blog, laman web,
facebook, twitter dan sebagainya, anda masih lagi terikat dengan etika apabila
menulis. Etika yang anda pegang akan menyerlahkan siapa anda berdasarkan hasil
tulisan dipaparkan.
Di Malaysia Etika Kewartawanan Malaysia diguna pakai. Etika ini
mementingkan tentang kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat
maklumat yang benar. Tulisan perlu jujur, menggunakan cara yang wajar untuk
mendapatkan berita tersebut dan mengelakkan tulisan berbentuk perkauman,
bercorak fitnah dan bias serta melampau dengan susila masyarakat majmuk. Setiap
maklumat yang ditulis perlu sahih faktanya, benar dan tidak berunsur hasutan
atau fitnah. Maklumat yang tidak betul perlu diperbetulkan semula.
Setiap orang yang terlibat dengan dunia menulis, perlu mengetahui dan
mahir tentang undang-undang berkaitan, perlu memahaminya dan berusaha untuk
tidak melanggarnya. Tulisan juga perlu bermoral dengan mengelakkan tulisan
berbentuk menghasut, memfitnah, menerima rasuah, melakukan aktiviti plagiat dan
sebagainya. Penulis juga perlu mematuhi Kod Perilaku Profesional oleh Kesatuan
Kebangsaan Wartawan Malaysia walaupun tidak semua penulis adalah wartawan.
Etika dan Pengamal Media
Dalam sistem demokrasi, peranan media seperti akhbar, buku, radio dan
televisyen amat penting bagi menyebarkan maklumat yang tepat dan dipercayai.
Peranan media ini merupakan nadi kepada proses demokrasi. Media mempunyai
pengaruh yang besar dalam masyarakat. Media akan membangkitkan pelbagai isu
terutamanya yang melibatkan isu-isu seperti keganasan, perlakuan seksual,
masalah sosial, konflik perkauman dan sebagainya untuk menarik perhatian
pembaca.
Sekalipun tidak ada etika mutlak tentang penulisan di Malaysia, namun
Etika Kewartawanan Malaysia boleh digunapakai sebagai panduan kepada golongan
penulis. Etika ini mementingkan tentang kebenaran dan menghormati hak orang
ramai untuk mendapat maklumat sebenar. Penulis atau wartawan berperanan memberi
sumbangan kepada proses membina negara, menyedari kewajipan untuk memberi
sepenuhnya sumbangan dalam memupuk keharmonian antara kaum dan perpaduan
nasional.
Penulis juga perlu memastikan kejujuran dalam penulisan, menggunakan cara
yang wajar untuk mendapatkan berita dan mengelakkan tulisan berbentuk
perkauman, bercorak fitnah dan bias serta melampau dengan tatasusila masyarakat
majmuk di Malaysia. Oleh itu, Tatasusila Kewartawanan di Malaysia ialah:
• Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak
orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.
• Dalam melaksanakan tugas ini, wartawan menghayati kebebasan memungut
dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan
yang saksama.
• Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan
berita, gambar atau filem dan dokumen.
• Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat
hendaklah diperbetulkan.
• Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
• Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan
mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan yang tidak
berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
• Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita atau rencana yang
bersifat perkauaman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat
majmuk Malaysia.
• Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang
berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.
Etika Penulisan dalam Islam
Islam sangat mementingkan cara hidup yang berlandaskan kebenaran seperti
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian menjadi orang yang
benar- benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap
diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu sendiri. Jika ia (orang
yang dianiaya) kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu keperluan kedua-
duanya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari
kebenaran dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi
maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala yang kamu kerjakan” (Surah
al-Nisa’ : 135).
Setiap kebenaran tidak boleh disembunyikan. Walaupun menulis, tulisan
berkenaan perlu berlandaskan kebenaran, sahih sumbernya dan tidak
mengetengahkan penipuan dan pembohongan seperti Firman Allah S.W.T yang
bermaksud:
“Janganlah kamu menyamarkan kebenaran dengan kebatilan serta kamu
sembunyikan kebenaran walhal kamu tahu (hakikat sebenarnya)” (Surah al-Baqarah:
42).
Setiap perkara yang ditulis dan disebarkan perlu ditentukan kesahihahan
serta kebenarannya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan
suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (Surah al-Hujarat: 6).
Bagi penulis Islam pula, beberapa etika berikut perlu dilihat dalam
menghasilkan sesuatu tulisan yaitu;
·
Menulis dengan ikhlas bererti menulis
dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredhaan Allah. Setiap penulis
harus menyedari bahawa apa yang ditulisnya adalah suatu amal soleh dalam usaha
mengabdikan diri kepada Penciptanya di samping berusaha untuk menyara diri dan
keluarga yang dikasihi dan berkhidmat kepada masyarakat.
·
Hendaklah berpegang dengan kefahaman
Islam yang betul dan jauh daripada penyelewengan dan salah faham. Hendaklah
mengira dosa dan pahala yang akan ditanggungnya jika pembaca terpengaruh dengan
tulisan tersebut. Jadi sesuatu tulisan itu perlu dihindari daripada unsur-unsur
menghasut, menfitnah, mempengaruhi pembaca ke arah perkara-perkara yang negatif
dan tidak baik.
·
Penulis mestilah mahir dalam bidangnya
dan berpegang dengan adab-adab Islam, mengambil maklumat yang benar dengan
tidak dikurangkan atau ditambah-tambah atau diubah daripada keadaan sebenar.
Analisisnya hendaklah secara objektif dan dapat memberi faedah kepada pembaca
serta memberikan gambaran yang sebenar, tidak mencaci, menyakiti atau memfitnah
orang lain.
·
Hendaklah mengambil berat kritikan yang
membina dan tidak meruntuh, berkata benar walaupun pahit dengan tidak merasa
takut dengan kebenaran yang cuba disampaikan.
·
Hendaklah bijak menghubungkaitkan
isu-isu atau berita yang ditulisnya dengan dakwah kepada Allah supaya manusia
tahu bahawa agama Allah meliputi segala bidang kehidupan, berperanan disetiap
tempat, mengarah, menghukum dan menyelesaikannya.
·
Hendaklah hidup bersama-sama dengan
masalah masyarakat yang dihadapinya, bersama-sama dengan perasaan mereka dan
bekerja sama dalam menyelesaikan masalah masyarakat secara yang dituntut oleh
Islam.
·
Hendaklah sedar tentang apa disiarkan
oleh musuh-musuh Islam yang menentang Islam dengan membatalkan segala
pembohongan mereka terhadap Islam dan dapat mengemukakan kepada manusia dengan
cara penyelesaian yang baik.
·
Bagi penerbit pula, hendaklah
bertanggungjawab terhadap apa yang hendak disiarkan. Oleh itu, jangan siarkan
sesuatu yang menyeleweng dan merosakkan
Sebab Berlaku Pelanggaran Etika :
·
Keinginan menjadi penulis dengan cepat
·
Penyalahgunaan teknologi
·
Penguatkuasaan undang-undang yang
longgar
·
Tidak faham apa yang dikatakan
pelanggaran etika
·
Faktor Bahasa
·
Penggunaan Status dan Pengaruh
Kesan Pelanggaran Etika dalam Penulisan
Etika diwujudkan untuk mewujudkan suasana aman, makmur dan saling
menghormati antara satu sama lain. Pelanggaran terhadap etika dalam bidang
penulisn akan meninggalkan kesan, antaranya;
·
Pertama, merugikan pihak penerbit dan
penulis kerana hasil karya mereka diplagiat oleh orang lain. Perkara ini
bermaksud hasil kerja penulis atau pengkarya asal telah diplagiat oleh orang
lain dan pihak tersebut telah mengaku hasil kerja tersebut adalah idea mereka.
·
Kedua, memberi kesan buruk kepada
ekonomi negara kerana pendapatan melalui cukai tidak boleh dikutip dari
penerbit dan penulis.
·
Ketiga, maklumat yang disiarkan tidak
benar dan tidak tepat.
·
Keempat, penggunaan pelbagai cara yang
tidak wajar untuk mendapatkan maklumat, gambar dan filem serta dokumen. Budaya
paparazzi di Barat yang mendapatkan berita dengan cara tidak wajar tidak
sepatutnya menjadi ikutan.
·
Kelima, munculnya berita yang bersifat
perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk di
Malaysia.
·
Keenam, munculnya karya-karya yang
bermutu rendah. Penulis tidak bermotivasi untuk menulis karya bermutu tinggi
disebabkan karya mereka diplagiat. Mereka juga tidak menerima pendapatan yang
setimpal dengan hasil penulisan.
·
Ketujuh, memberi imej buruk kepada
negara kerana terlalu banyak berlaku pelanggaran dalam etika penulisan. Pelajar
juga perlu sedar bahawa negara banyak bergantung kepada hasil kerja yang
dilakukan oleh pelajar terutamanya dari institusi pengajian tinggi. Sekiranya
pelajar gemar melakukan plagiat maka negara tidak akan mengalami kepesatan dari
melahirkan idea-idea baru bagi mengharumkan nama negara, sedangkan golongan
pelajar inilah yang bakal memajukan negara pada masa hadapan.
·
Kelapan, Apabila seseorang melakukan
plagiat, minda dan kreativiti mereka tidak dapat berkembang dengan baik dan
cemerlang. Semua karya dan penulisan yang dihasilkan adalah hasil kerja yang
ditiru secara terang-terangan daripada maklumat yang diperolehi dan tulisan
orang lain. Mereka tidak mempunyai idea dan kreativiti sendiri.
·
Kesembilan, pelajar universiti yang
melakukan pelanggaran etika seperti plagiat mempunyai berkemungkinan yang
tinggi untuk gagal dalam pengajian. Setiap universiti mempunyai kuasa melalui
undang-undang berkaitan untuk melucutkan mana-mana pelajar yang didapati
plagiat dalam tugasan, penulisan penyelidikan dan laporan tahun akhir. Terdapat
beberapa kes di beberapa buah universiti di Malaysia yang melibatkan penarikan
balik ijazah pengajian dan perlucutan keputusan pengajian pelajar apabila
terbukti pelajar terbabit terlibat dalam plagiat.
Kesimpulan :
Setiap penulis perlu patuh kepada etika semasa menulis bagi mengelakkan
berlaku suasana yang tidak aman, kucar kacir dan tidak aman dalam masyarakat
diakibatkan oleh hasil tulisan yang tidak beretika. Walaupun tidak ada etika
yang dikhususkan kepada penulis apabila mereka berkarya dan menulis, namun
perlu diakui bahawa ini tidak bermakna penulis dibolehkan untuk menulis secara
tidak beretika.
Selain etika, penulis juga perlu mematuhi pelbagai perkara lain lagi
termasuk undang-undang, peraturan, norma dan nilai dalam masyarakat yang akan
dibincangkan dalam tulisan lain.
refferensi :
http://maharamdotcom.blogspot.com/2010/09/etika-dalam-penulisan.html

0 komentar:
Posting Komentar